Resepi Nasi Ayam Penyet
Pengenalan
Nasi
ayam penyet merupakan sebuah hidangan yang berasal dari Java Timur, Indonesia. Resepi
Nasi Ayam Penyet ini juga telah menjadi salah satu makanan kegemaran penduduk
Malaysia dan Brunei. Nasi ayam penyet mengandungi nasi ayam, ayam goreng,
sambal yang pedas, dan sayur-sayuran. Nasi
Ayam Penyet yang berasal dari Pulau Jawa ini dinamakan demikian kerana setelah
ayam digoreng, ayam tersebut hendaklah diketuk hingga penyet. Itulah asal-usul
nama Nasi Ayam Penyet.
Apa
yang terkandung dalam menu ini ialah nasi putih, Ayam goreng kunyit yang
diketuk/dipenyekan setelah digoreng, kuah sambal istimewa, tempe , tauhu
goreng, ulam dan kuah sup.
Nasi
ayam penyet unik kerana hidangan ini mempunyai sambal tersendiri yang dikenali
sebagai sambal ulek. Hidangan ini juga boleh dinikmati dengan tauhu dan tempe
bacem.Selain itu, hidangan in istimewa kerana ayamnya direbus sehingga separuh
masak bersama air kelapa dan rempah-rempahan, dan kemudian dipenyet.
Oleh
sebab popularitinya di Malaysia, resepi nasi ayam penyet boleh dinikmati di
hampir semua restoran Melayu. Masyarakat Melayu, kebanyakannya , akan memilih
nasi ayam penyet berbanding dengan nasi biriyani kerana rasa ayam penyet yang
cukup intimewa.
Oleh
sebab itu, semua peminat nasi ayam penyet harus mencuba resepi ini!
Resepi Ayam Penyet
Bahan-bahan
·
3 ketul daging ayam
bahagian peha
·
4 cawan air kelapa
·
garam
·
gula
Bahan-bahan
kisar
v 3
ulas bawang putih
v 4
biji bawang merah
v 1
sudu teh jintan putih
v 1
sudu teh jintan manis
v 1
sudu makan ketumbar biji
v 2
batang serai
v 3cm
lengkuas
v 2.5cm
halia
v 2.5cm
kunyit hidup
Cara-cara
1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam
periuk.
2. Didihkan dengan api sederhana
sehingga ayam separuh masak.
3. Toskan ayam.
4.
Penyetkan daging ayam
5. Panggang ayam tersebut sehingga
masak.
Sambal Ulek
Bahan-bahan
·
1 genggam cili
·
3.5cm belacan
·
6 biji bawang
merah(hiriskan)
·
2 biji tomato(Belah 8)
·
minyak
·
garam
·
gula
Cara-cara
1)
Goreng kesemua bahan di atas kecuali gula dan garam
2)
Gunakan lesung batu
3)
Perasakan dengan garam dan gula
Tauhu dan Tempe Bacem
Bahan-bahan
·
2 batang tempe yang
dibelah 7
·
4 keping tauhu dibelah
2
·
air kelapa
·
minyak
Bahan-bahan
kisar
v 1
sudu makan ketumbar biji yang disangai
v gula
merah
v 4
ulas bawang putih
v 6
biji bawang merah
v garam
v gula
Cara-cara
1. Bahagikan bahan kisar kepada 2 dan masukkan ke
dalam periuk.
2. Tambah air kelapa
3. Dengan menggunakan periuk masing-masing,
masukkan tempe dan tauhu
4. Masak sehingga kuah mengering.
5. Panaskan minyak
6.
Goreng bahan tadi hingga masak.
Bahan Sup
Untuk Tumisan
·
3 ulas bawang putih
·
3 ulas bawang merah
·
1 biji bawang besar saiz kecil
·
1 inci halia - di ketuk kasar/
ditumbuk halus
·
1/2 sudu makan lada putih -
ditumbuk secukupnya - kulit kayu manis, bunga lawang,
·
buah pelaga
·
1 sudu rempah sup serbuk
·
garam
·
sedikit perasa
·
air secukupnya
·
minyak untuk menumis
·
daun bawang/ daun sup
Cara-cara
1. Tumis rempah 3 sekawan serta bahan-bahan hiris
2. Tumbuk
hingga wangi kemudian masukkan ayam, rempah dan air
3. Masak hingga ayam empuk
3. Masak hingga ayam empuk
4. Masukkan
garam dan kiub ayam
5. Sesuaikan
rasa
Ini
sahaja diperlukan untuk menyediakan nasi ayam penyet. Resepi ini mudah, senang
dan mengambil masa yang singkat. Semua golongan masyarakat harus mencubanya
kerana keenakan dan keistimewaan resepi nasi ayam penyet mesti dirasa. Hidangan
ini sempurna untuk seisi keluarga. Yang penting sekali, jangan lupa sambal ulek
kerana nasi ayam penyet tidak bermakna
tanpa sambalnya. Tambahan pula, sup juga elemen penting dalam nasi ayam penyet.
Oleh sebab itu, supnya harus disediakan. Akhir sekali, harap-harap informasi
yang diberikan amat membantu!