Saturday 28 June 2014

Resepi Nasi Ayam Penyet



Resepi Nasi Ayam Penyet


 
Pengenalan

Nasi ayam penyet merupakan sebuah hidangan yang berasal dari Java Timur, Indonesia. Resepi Nasi Ayam Penyet ini juga telah menjadi salah satu makanan kegemaran penduduk Malaysia dan Brunei. Nasi ayam penyet mengandungi nasi ayam, ayam goreng, sambal yang pedas, dan sayur-sayuran. Nasi Ayam Penyet yang berasal dari Pulau Jawa ini dinamakan demikian kerana setelah ayam digoreng, ayam tersebut hendaklah diketuk hingga penyet. Itulah asal-usul nama Nasi Ayam Penyet.

Apa yang terkandung dalam menu ini ialah nasi putih, Ayam goreng kunyit yang diketuk/dipenyekan setelah digoreng, kuah sambal istimewa, tempe , tauhu goreng, ulam dan kuah sup.

 

Nasi ayam penyet unik kerana hidangan ini mempunyai sambal tersendiri yang dikenali sebagai sambal ulek. Hidangan ini juga boleh dinikmati dengan tauhu dan tempe bacem.Selain itu, hidangan in istimewa kerana ayamnya direbus sehingga separuh masak bersama air kelapa dan rempah-rempahan, dan kemudian dipenyet.

 

Oleh sebab popularitinya di Malaysia, resepi nasi ayam penyet boleh dinikmati di hampir semua restoran Melayu. Masyarakat Melayu, kebanyakannya , akan memilih nasi ayam penyet berbanding dengan nasi biriyani kerana rasa ayam penyet yang cukup intimewa.

Oleh sebab itu, semua peminat nasi ayam penyet harus mencuba resepi ini!


Resepi Ayam Penyet


 

Bahan-bahan

·       3 ketul daging ayam bahagian peha

·       4 cawan air kelapa

·       garam

·        gula 

 

Bahan-bahan kisar

v 3 ulas bawang putih

v 4 biji bawang merah

v 1 sudu teh jintan putih

v 1 sudu teh jintan manis

v 1 sudu makan ketumbar biji

v 2 batang serai

v 3cm lengkuas

v 2.5cm halia

v 2.5cm kunyit hidup

 

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk.

2. Didihkan dengan api sederhana sehingga ayam separuh masak.

3. Toskan ayam.

4.  Penyetkan daging ayam

5. Panggang ayam tersebut sehingga masak.

Sambal Ulek



Bahan-bahan

·       1 genggam cili

·       3.5cm belacan

·       6 biji bawang merah(hiriskan)

·       2 biji tomato(Belah 8)

·       minyak

·       garam

·        gula

 

Cara-cara

1)  Goreng kesemua bahan di atas kecuali gula dan garam

2)  Gunakan lesung batu

3)  Perasakan dengan garam dan gula

 

 

Tauhu dan Tempe Bacem



Bahan-bahan

·       2 batang tempe yang dibelah 7

·       4 keping tauhu dibelah 2

·       air kelapa

·       minyak

 

Bahan-bahan kisar

v 1 sudu makan ketumbar biji yang disangai

v gula merah

v 4 ulas bawang putih

v 6 biji bawang merah

v garam

v  gula



Cara-cara

1.  Bahagikan bahan kisar kepada 2 dan masukkan ke dalam periuk.

2.  Tambah air kelapa

3.  Dengan menggunakan periuk masing-masing, masukkan tempe dan tauhu

4.  Masak sehingga kuah mengering.

5.  Panaskan minyak

6.  Goreng bahan tadi hingga masak.

 


Bahan Sup


Untuk Tumisan


·       3 ulas bawang putih  

·       3 ulas bawang merah

·       1 biji bawang besar saiz kecil

·       1 inci halia - di ketuk kasar/ ditumbuk halus

·       1/2 sudu makan lada putih - ditumbuk  secukupnya  - kulit kayu manis, bunga lawang,

·       buah pelaga 

·       1 sudu rempah sup serbuk

·       garam

·       sedikit perasa

·       air secukupnya

·       minyak untuk menumis

·       daun bawang/ daun sup

 


Cara-cara

1. Tumis rempah 3 sekawan serta bahan-bahan hiris

2. Tumbuk hingga wangi kemudian masukkan ayam, rempah dan air
3. Masak hingga ayam empuk

4. Masukkan garam dan kiub ayam

5. Sesuaikan rasa

 

Ini sahaja diperlukan untuk menyediakan nasi ayam penyet. Resepi ini mudah, senang dan mengambil masa yang singkat. Semua golongan masyarakat harus mencubanya kerana keenakan dan keistimewaan resepi nasi ayam penyet mesti dirasa. Hidangan ini sempurna untuk seisi keluarga. Yang penting sekali, jangan lupa sambal ulek  kerana nasi ayam penyet tidak bermakna tanpa sambalnya. Tambahan pula, sup juga elemen penting dalam nasi ayam penyet. Oleh sebab itu, supnya harus disediakan. Akhir sekali, harap-harap informasi yang diberikan amat membantu!